Wednesday, August 6, 2008
Amalan Muslim
Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh :
Surah Al Baqarah - Ayat 102
Anak2 pandai belajar :
Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79
Anak2 lembut hati/ elak panas baran :
Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24
Anak2 malas sekolah :
Surah Toha ayat 1-5
Ayat pendinding : Ayat akhir surah At Taubah
Bagi anak2 yang suka keluar malam :
Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x
Untuk jadi pendinding rumah :
Surah Al BAqarah dibaca & tiup pada air , dan spray
keliling rumah
Sunday, August 3, 2008
Perkara-perkara yang perlu dilakukan menghadapi orang sedang nazak
b) Disunatkan juga agar mengajarkannya membaca kalimah syahadah iaitu "Lailaha illallah" dengan membisikkan di telinganya dengan lembut dan perlahan berulang kali. Ini sepertimana yang disebutkan di dalam hadis yang bermaksud: "Ajarkan kepada orang yang sedang menghadapi kematian bacaan Lailaha illallah." (riwayat Muslim) Ada hadis riwayat lain yang menerangkan bahawa disunatkan membaca surah Yaasin.
c) Disunatkan juga agar dingatkan kepadanya supaya berbaik sangka dengan Allah dan mengharapkan pengampunannya serta berdoa agar dimatikannya dengan keadaan beriman dengan Allah SWT.
d) Dititiskan air di tekaknya sedikit demi sedikit (jangan sampai dia tersedak) kerana ada riwayat orang yang sedang sakarat itu kehausan.
e) Disiwakkan (disugi) perlahan-lahan dengan kayu siwak.
Friday, July 11, 2008
Komen Tun Dr Mahathir Mohamad tentang peralihan kuasa Jun 2010
Berkempen untuk pemilihan dalam mesyuarat agong tidak dibenarkan, tetapi Presiden membawa semua pemimpin daripada Bahagian untuk diarah supaya tidak mencabar sesiapa selain daripada dirinya sebagai Presiden.
Gula-gula diberikan kepada Dato Seri Najib bahawa dianya juga dikehendaki bebas daripada cabaran untuk Timbalan Presiden. Ini dituju kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ingin bertanding Timbalan Presiden. Jika Muhyiddin bertanding juga maka ini bermakna dia tidak setia kepada parti, pengkhianat, kerana tidak hormat arahan demokratik oleh Presiden.
Najib akan dijanji peralihan kuasa akan dibuat pada 2010. Sebelum sampai tarikh keramat ini tuduhan akan dilempar terhadapnya supaya dia ternampak tidak lagi layak untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Seorang yang dianggap lebih setia kepada Dato Seri Abdullah akan menggantinya. Pengganti tidak akan ambil alih jawatan Perdana Menteri pada 2010 kerana kurang pengalaman. Dato Seri Abdullah akan bermurah hati untuk mengisi jawatan itu hingga Pilihanraya Umum ke-13.
Jika trend pemikiran rakyat berterusan Barisan Nasional akan kalah dalam Pilihanraya Umum ini dan Dato Seri Abdullah tidak akan jadi Perdana Menteri. Oleh itu tidak adalah jawatan yang hendak dialih kepada pengganti Dato Seri Najib.
Pengasas-pengasas UMNO daripada kubur mereka akan kutuk orang yang telah musnahkan parti yang mereka bentuk dan wujud guna untuk menebus maruah orang Melayu dan negara Malaysia.
Parti yang mereka tubuh sudah di hi-jack oleh Dato Seri Abdullah untuk kepentingan diri dan keluarga sehingga hancur parti dibuatnya.
http://test.chedet.com/che_det/
Diatas adalah komen dan pandangan dari kacamata mantan perdana menteri Malaysia yang ke5 yang saya petik dari blog Che Det.
Sebagai rakyat biasa saya turut melihat dan memerhatikan polimik politik negara kita yang diterajui oleh UMNO. Walaupun hanya sebagai rakyat biasa, saya juga tidak mahu ketingalan untuk memberi pandangan peribadi saya dalam peralihan kuasa kepada Dato Seri Najib pada 2010. Setelah mendengar kenyataan PM, Dato Seri Abdullah Badawi, saya merasa puas hati dengan peralihan kuasa pada Jun 2010.
23 bulan, begitulah countdown peralihan kuasa untuk diberikan kepada TPM, Dato Seri Najib, nampak tidak lama sangat tapi kalau keadaan ekonomi kita yang masih ditahap yang ada sekarang, dengan harga barangan harian yang mahal tentunya kamilah yang akan merasa betapa panjangnya masa peralihan kuasa ini.
Apa yang saya harapkan peralihan kuasa ini akan mengurangkan beban rakyat terutamanya pekerja swasta yang tidak nampak pembelaan daripada kerajaan sekarang.
Adakah Dato Seri Najib sudah bersedia dengan plan induknya untuk membawa kita keluar daripada masalah ekonomi ini? Sama-sama lah kita tunggu...
Wednesday, June 4, 2008
Thursday, May 29, 2008
Saturday, May 17, 2008
Coto Makassar (Hidangan 6 orang)
Bahan:
500 gram daging sapi, sandung lamur
500 gram babat, rebus matang
300 gram hati sapi, rebus matang
200 gram jantung sapi, rebus matang
5 batang serai memarkan
4 sm lengkuas memarkan
2 cm jahe memarkan
5 lembar daun salam
250 gram kacang tanah, goreng haluskan
2,5 liter air cuci beras/tajin
1 sdm bumbu kaldu bubuk rasa sapi
6 sdm minyak sayur
Haluskan :
10 siung bawang putih
8 butir kemiri sangrai
1 sdm ketumbar sangrai
1 sdt jintan sangrai
1 sdt garam dan 1 sdt merica butiran
Pelengkap : bawang goreng, irisan daun bawang dan irisan seledri, sambal taoco
Haluskan : 10 bawang merah, 5 siung bawang putih, 10 cabai keriting rebus sebentar, 100 gram taoco, tumis dengan 6 sdm minyak sayur hingga matang, haluskan tambahkan garam dan gula merah.
Cara Membuat:
1.Rebus daging sapi, babat, hati dan jantung, beri serai, lengkuas, jahe dan salam setelah matang angkat, tiriskan, potong dadu. Jerohan sapi matang, potong dadu. Sisihkan.
2.Panaskan minyak, tumis bumbu yang dihaluskan hingga harum, masukkan kedalam kaldu, tambahkan kacang tanah goreng, didihkan.
3.Penyajian, siapkan mangkuk, isi dengan daging dan jerohan beri kuahnya, taburi bawang goreng, irisan daun bawang dan seledri sajikan dengan buras dan sambal taoco.




