Friday, July 11, 2008

Komen Tun Dr Mahathir Mohamad tentang peralihan kuasa Jun 2010

Seperti biasa dalam UMNO dibawah pemerintahan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi apabila arahan diberi melarang parti daripada sesuatu tindakan, Presiden anggap dirinya tidak tertakluk kepada arahan ini.

Berkempen untuk pemilihan dalam mesyuarat agong tidak dibenarkan, tetapi Presiden membawa semua pemimpin daripada Bahagian untuk diarah supaya tidak mencabar sesiapa selain daripada dirinya sebagai Presiden.

Gula-gula diberikan kepada Dato Seri Najib bahawa dianya juga dikehendaki bebas daripada cabaran untuk Timbalan Presiden. Ini dituju kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ingin bertanding Timbalan Presiden. Jika Muhyiddin bertanding juga maka ini bermakna dia tidak setia kepada parti, pengkhianat, kerana tidak hormat arahan demokratik oleh Presiden.

Najib akan dijanji peralihan kuasa akan dibuat pada 2010. Sebelum sampai tarikh keramat ini tuduhan akan dilempar terhadapnya supaya dia ternampak tidak lagi layak untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Seorang yang dianggap lebih setia kepada Dato Seri Abdullah akan menggantinya. Pengganti tidak akan ambil alih jawatan Perdana Menteri pada 2010 kerana kurang pengalaman. Dato Seri Abdullah akan bermurah hati untuk mengisi jawatan itu hingga Pilihanraya Umum ke-13.

Jika trend pemikiran rakyat berterusan Barisan Nasional akan kalah dalam Pilihanraya Umum ini dan Dato Seri Abdullah tidak akan jadi Perdana Menteri. Oleh itu tidak adalah jawatan yang hendak dialih kepada pengganti Dato Seri Najib.

Pengasas-pengasas UMNO daripada kubur mereka akan kutuk orang yang telah musnahkan parti yang mereka bentuk dan wujud guna untuk menebus maruah orang Melayu dan negara Malaysia.

Parti yang mereka tubuh sudah di hi-jack oleh Dato Seri Abdullah untuk kepentingan diri dan keluarga sehingga hancur parti dibuatnya.

http://test.chedet.com/che_det/


Diatas adalah komen dan pandangan dari kacamata mantan perdana menteri Malaysia yang ke5 yang saya petik dari blog Che Det.

Sebagai rakyat biasa saya turut melihat dan memerhatikan polimik politik negara kita yang diterajui oleh UMNO. Walaupun hanya sebagai rakyat biasa, saya juga tidak mahu ketingalan untuk memberi pandangan peribadi saya dalam peralihan kuasa kepada Dato Seri Najib pada 2010. Setelah mendengar kenyataan PM, Dato Seri Abdullah Badawi, saya merasa puas hati dengan peralihan kuasa pada Jun 2010.

23 bulan, begitulah countdown peralihan kuasa untuk diberikan kepada TPM, Dato Seri Najib, nampak tidak lama sangat tapi kalau keadaan ekonomi kita yang masih ditahap yang ada sekarang, dengan harga barangan harian yang mahal tentunya kamilah yang akan merasa betapa panjangnya masa peralihan kuasa ini.

Apa yang saya harapkan peralihan kuasa ini akan mengurangkan beban rakyat terutamanya pekerja swasta yang tidak nampak pembelaan daripada kerajaan sekarang.
Adakah Dato Seri Najib sudah bersedia dengan plan induknya untuk membawa kita keluar daripada masalah ekonomi ini? Sama-sama lah kita tunggu...

No comments: