Tuesday, April 8, 2008

Kecapi Golf Tournament 2008, 5th Edition

Pagi ini aku baru bersiap2 untuk turun kepejabat, jam 7.20 pagi, aku mendapat pangilan talipon dari sahabatku Sdr Mohlis. Awal juga, hehehe tertanya2 juga aku kenapa pula ada pangilan seawal begini. Mungkin ada buat acara minum pagi, hai rejeki. Memang betul jangkanku. Tapi terpaksa aku tolak pelawaannya, sebenarnya hari ini aku kena kepejabat awal pagi, kerana ada management meeting, walaupun tidak join meeting tapi kena tunjuk muka jee.
Ok, jadi tujuanya menalipon pagi ini ialah untuk memberita tahu bahawa dia dapat arahan dari Sdr Jinggo, Pengarah kejohanan golf Kecapi 2008, untuk memanggil mesyuarat pertama. Tournament tersebut direncanakan akan diadakan di Sandakan yang tarikhnya akan dibincangkan dalam mesyuarat nanti. Oleh kerana ada tugas yang aku kena buat pagi ini, aku terpaksa minta dipindahkan kehari lain. Ialah, sebenar aku kena buat proposal dan kertas kerja untuk kejohanan itu dan juga kena print senarai peserta yang akan dijemput nanti.
Jadi untuk cheklist, berikut adalah senarai tugasan yang aku kena saipkan sebelum mesyuarat tersebut:-
1. Kertas proposal
2. Senarai Bugis golfers
3. Senarai penyumbang hadiah,surat penajaan yang ditujukan kepada saudagar saudagar kelapa sawit di Sandakan.
4. Senarai Hadiah, termasuk sebut harga hadiah.
5. Goodies,Topi,Baju,makanan resmi semasa tournament spt. gogos,telor rebus, utti lampe dan tidak lupa goodies bag.
6. Bahan-bahan promosi seperti sticker kereta.
7. Menetapkan tarik masa kejohanan
8. Kenderaan dan tempat tinggal semasa di Sandakan
9. Harga untuk pemain dan harga untuk ahli.
10. Kena fikir apa lagi yang patut disenaraikan...

No comments: