Tuesday, April 8, 2008

Panorama of Kota Kinabalu



Kecapi Golf Tournament 2008, 5th Edition

Pagi ini aku baru bersiap2 untuk turun kepejabat, jam 7.20 pagi, aku mendapat pangilan talipon dari sahabatku Sdr Mohlis. Awal juga, hehehe tertanya2 juga aku kenapa pula ada pangilan seawal begini. Mungkin ada buat acara minum pagi, hai rejeki. Memang betul jangkanku. Tapi terpaksa aku tolak pelawaannya, sebenarnya hari ini aku kena kepejabat awal pagi, kerana ada management meeting, walaupun tidak join meeting tapi kena tunjuk muka jee.
Ok, jadi tujuanya menalipon pagi ini ialah untuk memberita tahu bahawa dia dapat arahan dari Sdr Jinggo, Pengarah kejohanan golf Kecapi 2008, untuk memanggil mesyuarat pertama. Tournament tersebut direncanakan akan diadakan di Sandakan yang tarikhnya akan dibincangkan dalam mesyuarat nanti. Oleh kerana ada tugas yang aku kena buat pagi ini, aku terpaksa minta dipindahkan kehari lain. Ialah, sebenar aku kena buat proposal dan kertas kerja untuk kejohanan itu dan juga kena print senarai peserta yang akan dijemput nanti.
Jadi untuk cheklist, berikut adalah senarai tugasan yang aku kena saipkan sebelum mesyuarat tersebut:-
1. Kertas proposal
2. Senarai Bugis golfers
3. Senarai penyumbang hadiah,surat penajaan yang ditujukan kepada saudagar saudagar kelapa sawit di Sandakan.
4. Senarai Hadiah, termasuk sebut harga hadiah.
5. Goodies,Topi,Baju,makanan resmi semasa tournament spt. gogos,telor rebus, utti lampe dan tidak lupa goodies bag.
6. Bahan-bahan promosi seperti sticker kereta.
7. Menetapkan tarik masa kejohanan
8. Kenderaan dan tempat tinggal semasa di Sandakan
9. Harga untuk pemain dan harga untuk ahli.
10. Kena fikir apa lagi yang patut disenaraikan...

Sunday, April 6, 2008

Kerajaan mahu pendapatan petani RM2,900 sebulan

Pasir Puteh: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan berusaha untuk meningkatkan pendapatan petani daripada RM1,000 kepada RM2,900 sebulan untuk membasmi kemiskinan dikalangan mereka.
Menterinya, Datuk Mustapha Mohamed berkata, kesemua ajensi dibawah kementerian itu perlu berkerja lebih keras bagi mencapai sasaran berkenaan terutama dikawasan Pertumbuhan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECER).
"Projek-projek sawah integrasi diluar kawasan projek pengairan hendaklah dibanyakkan", katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja keProjek Sawah Intergrasi Tok Lunchai disini, pada Sabtu.
Projek berkenaan diusahakan oleh 23 petani dengan tanaman tembikai membabitkan kawasan seluas 75 hektar selepas tanaman padi bermusim akhir tahun lepas.
Mustapha berkata, beliau akan menjadikan kejayaan petani dikawasan itu memperolehi pendapatan lumayaan sekitar RM2,900 sebulan, sebagai model untuk diperluaskan ke kawasan lain diKelantan.
Katanya, selain tanaman ubi kayu dari spesis Seri Pontian akan dijadikan tanaman altenatif ketiga kepada tanaman tembakau selain ubi keledek dikawasan jelapang yang membabitkan Bachok, Pasir Puteh, Besut dan Setiu diTerengganu.
Mustapha berkata, sebahagian besar kawasan disitu berpotensi diusahakan dengan tanaman ubi yang mempunyai tanah gambut dan berpasir.
Katanya, ini berikutan pihak pengilang diseluruh negara kini sedang menghadapi kekurangan bekalan mentah itu, termasuk sebuah kilang Industri Kecil dan Sederhana (IKS) diSepang Selangor, salah sebuah kilang terbesar mengusahakan kerepek ubi. - Bernama (DE6/4/08)