Sunday, October 5, 2008

Kalabakan-Nabawan Highway





Jalan raya dari Tawau ke Kota Kinabalu yang menjadi penghubung bandar dipantai timur, pedalaman dan pantai barat kini telah menjadi kenyataan. Hari raya ke4 yang lalu (4-10-08) saya dan keluarga telah mengunakan jalan raya ini menuju keibu negeri. Apa yang dapat saya katakan bahawa jalan raya ini dapat memendekan masa perjalanan dan juga cost bahan api berbanding dengan mengunakan jalan Tawau, Lahad Datu, Ranau, Kota Kinabalu.

Namun sampai bilakah jalan ini dapat diturap? Inilah yang bermain dikepala saya semasa memandu menyusuri jalan yang batu kelikir ini. Sekurang kurangnya kalau nak balik kampung bolehlah guna jalan ini kalau jalannya berturap.

Dalam budget RM9 yang diumumkan oleh PM bulan lalu, tidak ada kedengaraan bahawa jalan ini akan diturap, sedangkan ianya telah digunakan terutamanya para petani dibahagian pedalaman dan Kalabakan untuk memasarkan hasil pertanian mereka.